Search
Close this search box.

_

News: Penjelasan Mengenai Video Bas Condong Yang Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 16 April 2024 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang mengambil maklum video bas condong yang sedang tular di media sosial.

Video tersebut yang diambil pada hari Sabtu, 13 April 2024 pada kira-kira jam 6.45 petang adalah merupakan bas laluan 202 yang sedang membawa tiga (3) orang penumpang dalam perjalanan dari Hab Wira Damai menuju ke Lebuh Ampang melalui Gombak.

Pihak Rapid Bus ingin memaklumkan bahawa ketika video tersebut dirakam, Kapten Bas telah mengesan keadaan bas yang mula mencondong dan dengan segera telah mengambil keputusan untuk memberhentikan bas di hentian bas yang terdekat iaitu hentian KL913 Diamond Square bagi menurunkan penumpang dan untuk mendapatkan bantuan teknikal daripada Pusat Kawalan Operasi Rapid Bus.

Pihak Kawalan Operasi Rapid Bus telah mendapati bahawa bas tersebut tidak lagi sesuai untuk operasi disebabkan “air bellow suspension” yang bocor di bahagian tayar semasa operasi. Bas tersebut telah ditamatkan perkhidmatan serta-merta dan laluan tersebut telah disambung oleh bas yang berikutnya. Kami memohon maaf diatas ketidakselesaan yang timbul di kalangan orang ramai dan ingin memberi jaminan bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang adalah menjadi keutamaan, dan pihak Rapid Bus tidak akan mengoperasikan bas yang tidak memenuhi piawaian.

Language:

Search