Search
Close this search box.

_

KEJADIAN POKOK TUMBANG MENJEJAS PERKHIDMATAN MONOREL – RAPID RAIL MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN TREN ALTERNATIF DAN BAS PERANTARA

  • Empat (4) stesen Monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baikpulih
  • Atas faktor keselamatan, pemeriksaan dan pembaikan terperinci sedang dijalankan sebelum operasi penuh dibuka semula

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Susulan kejadian pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas yang berlaku pada hari ini, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan melaksanakan perkhidmatan alternatif bagi memastikan kesinambungan perjalanan penumpang. Perkhidmatan alternatif ini akan bermula pada jam 6.00 pagi, Rabu 8 Mei 2024.

Empat (4) stesen Monorel akan ditutup kepada orang ramai disebabkan keperluan penutupan bekalan kuasa di landasan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan baikpulih. Stesen-stesen tersebut adalah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.

Bagi menyokong perkhidmatan alternatif tersebut agar para penumpang dapat meneruskan perjalanan, pihak Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di antara stesen-stesen yang terjejas.

Berikut adalah butiran bagi perkhidmatan alternatif tersebut: –

Penumpang-penumpang yang terkesan dengan gangguan luar jangka ini disarankan untuk menggunakan lain-lain perkhidmatan tren sebagai perjalanan alternatif: –

Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih terperinci sedang giat dijalankan oleh Rapid Rail dengan bantuan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak operasi dan jurutera struktur juga sedang menjalankan pemeriksaan terperinci untuk memastikan pengoperasian penuh dapat dijalankan mengikut standard keselamatan dan piawaian yang telah ditetapkan.

Sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE.

Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini. Pihak kami akan memastikan pengoperasian penuh dapat dijalankan semula secepat mungkin dan kami mengucapkan terima kasih di atas kesabaran para penumpang.

Language:

Search