Search
Close this search box.

_

JOM KE MOTOGP 2023 BERSAMA RAPID KL!

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2023 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL dan perantara LRT/MRT, akan menyediakan perkhidmatan bas ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk acara sukan berprestij Petronas Grand Prix of Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 November 2023.

Rapid Bus sekali lagi dilantik sebagai Penyedia Rasmi Perkhidmatan Bas ke MotoGP Malaysia 2023 oleh SIC.

Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas tersebut daripada tiga lokasi – Pasar Seni dan KLCC (yang mana kedua-dua lokasi ini dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan rel Rapid KL), dan Hub Bus KLIA2 khusus untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan udara ke Malaysia untuk menyaksikan acara sukan permotoran ini.

Tiket-tiket untuk menggunakan perkhidmatan bas ini telah dijual mulai 25 Oktober di lokasi-lokasi seperti berikut: –

Para pengunjung dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi menggelakkan beratur panjang ketika hendak ke SIC.

Pembelian tiket juga boleh dibuat secara atas talian mulai 28 Oktober 2023 di laman shop.myrapid.com.my.

Bagi tahun ini, perkhidmatan bas yang disediakan adalah untuk tiga laluan dan tambang adalah seperti yang tertera di bawah: –

Rapid KL juga akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di dalam kawasan SIC ketika berlangsungnya Petronas Grand Prix Malaysia 2023 pada 10 hingga 12 November 2023.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, sila layari laman web rasmi www.myrapid.com.my dan melalui saluran media sosial Rapid KL.

Language:

Search