Search
Close this search box.

_

INSIDEN BAS TERBAKAR DI HENTIAN BAS PJ465 PETALING JAYA

PETALING JAYA, 1 Oktober 2023 – Sebuah bas Rapid KL laluan T640 (LRT Taman Jaya – Taman Sri Sentosa) telah terlibat dalam satu insiden kebakaran berhampiran hentian bas di Jalan Penchala pagi tadi.

Pihak bomba telah dihubungi dan telah tiba di lokasi kejadian pada jam 11.15 pagi. Kebakaran telah berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari.

Ketika kejadian, terdapat lapan (8) orang penumpang di dalam bas. Kapten Bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Penumpang yang terlibat telah mengambil pengangkutan alternatif untuk ke destinasi mereka.

Tiada kerosakan pada harta benda awam. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Pihak Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan ke atas insiden berkenaan,” tambah kenyataan itu.

Language:

Search