Search
Close this search box.

_

Info: (24/7) Saranan Jalani Pemeriksaan Kesihatan Daripada Rapid KL

Para pengguna perkhidmatan MRT Laluan Kajang, LRT Laluan Ampang dan Bas Perantara MRT T459 pada waktu puncak petang 21 Julai lepas disarankan supaya membuat ujian saringan kesihatan jika mempunyai gejala ekoran salah seorang penumpangnya disahkan positif Covid-19.

Melalui mesej yang dihantar waris penumpang tersebut kepada pihak Rapid KL, beliau menaiki Bas Perantara MRT T459 (VH2494) lebih kurang pukul 4.30 petang dari Hospital Kajang menuju ke Stesen MRT Stadium Kajang.

Penumpang berkenaan kemudian menggunakan perkhidmatan MRT pada pukul 5.30 petang dari Stesen MRT Stadium Kajang dan turun di Stesen Maluri sebelum menyambung perjalanan menggunakan LRT.

Beliau disahkan positif Covid-19 pada Jumaat, 23 Julai.

Para pengguna perkhidmatan Rapid KL diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sepanjang masa untuk membantu mencegah penularan pandemik Covid-19.

Language:

Search