Search
Close this search box.

_

Info : Penutupan Jalan (Laluan T815)

Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Jalan Lingkaran Wawasan kerana ada program kemasukan pelajar baru menyebabkan bas tidak dapat melalui di seluruh kawasan Universiti Malaya yang bermula dari Institut Pengajian Siswazah. Bas akan membuat lencongan dari hentian bas Pusat Asasi Sains ke Jalan Lingkungan Budi.

Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) KL2342 Institut Pengajian Siswazah
2) KL2343 Kolej Kediaman Kelima
3) KL2344 Pusat Sukan UM
4) KL2345 Kolej Kediaman Kesepuluh
5) KL2346 Fakulti Sains Komputer
6) KL2347 Fakulti Pengajian Melayu
7) KL2348 Kolej Kediaman Keempat

Laluan terlibat adalah T815. Segala kesulitan amat dikesali.

Language:

Search