Search
Close this search box.

_

GANGGUAN TEKNIKAL JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN MRT LALUAN KAJANG DAN MRT LALUAN PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2023 – Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan Laluan Putrajaya telah mengalami kelewatan jadual perjalanan disebabkan gangguan teknikal.

Gangguan di MRT Laluan Kajang berlaku pada jam 7.14 pagi ini berpunca daripada sistem semboyan di antara Stesen Phileo Damansara dan Stesen Pusat Bandar Damansara . Ini menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual dan berhenti lebih lama di platform antara Stesen Phileo Damansara dan Stesen Pusat Bandar Damansara menghala ke Kajang.

Operasi tren kembali beroperasi secara automatik di antara stesen tersebut pada jam 9.55 pagi. Pemantauan secara rapi dijalankan oleh pihak operasi bagi memastikan kestabilan sistem.

Manakala di MRT Laluan Putrajaya, gangguan suis yang berlaku antara Stesen Sungai Buloh ke Stesen Damansara Damai pada jam 6.00 pagi. Ini menyebabkan tren dipandu secara manual di antara Stesen Sungai Buloh ke Stesen Damansara Damai.
Ini turut menyebabkan tren terpaksa bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform Stesen Kwasa Damansara, Stesen Kampung Selamat dan Stesen Sungai Buloh.

Langkah ini terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan dan mengikut prosedur standard operasi.

Siasatan lanjut mengenai punca gangguan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Kerja-kerja pembaikan secara menyeluruh akan dijalankan selepas waktu operasi tamat pada malam ini.

Pengguna diminta untuk mengikuti media sosial Rapid KL bagi merancang perjalanan dan mendapatkan status terkini perkhidmatan MRT.
Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan kami amat menghargai kesabaran anda.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App