Search
Close this search box.

_

GANGGUAN SISTEM PINTU AUTOMATIK PLATFORM JEJASĀ JADUAL PERKHIDMATAN MRT LALUAN KAJANGĀ 

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2023 ā€“ Operasi perkhidmatan MRT Laluan Kajang telah mengalami kelewatan jadual akibat gangguan teknikal pada sistem pintu automatik platform di Stesen Merdeka.

Kejadian bermula pada jam 4.42 petang itu disebabkan gangguan bekalan kuasa pada sistem pintu automatik platform. Sebagai langkah keselamatan dan prosedur piawaian operasi Rapid KL, tren perlu dipandu manual di Stesen Merdeka. 

Ini menyebabkan tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform dari Stesen Kajang ke Stesen Merdeka. Perkhidmatan tren di kawasan lain beroperasi seperti biasa. 

Pada jam 6.57 petang, kerja -kerja baik pulih telah berjaya diselesaikan oleh pasukan teknikal dan perkhidmatan MRT Laluan Kajang telah kembali pulih secara berperingkat. 

Bagi mengurangkan kesesakan penumpang di kawasan platform, pihak operasi juga telah menghantar tren- tren kosong ke Stesen Pasar Seni dan Bukit Bintang.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan pada malam ini selepas tamat waktu operasi bagi mengenal pasti faktor -faktor yang menyebabkan gangguan pada sistem pintu keselamatan platform. Ini sebagai langkah pihak Rapid Rail untuk memastikan gangguan yang sama tidak berulang lagi. 

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan akibat kelewatan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada hari ini.

Language:

Search