Search
Close this search box.

_

GANGGUAN SISTEM ISYARAT JEJAS JADUAL PERJALANAN LRT ANTARA STESEN SS15 DAN STESEN WAWASAN

 KUALA LUMPUR, 20 Julai – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan jadual perjalanan di antara Stesen LRT SS15 dan Stesen LRT Wawasan yang berpunca daripada gangguan sistem isyarat. 

Kejadian yang berlaku pada jam 5.20 petang itu telah menyebabkan tren terpaksa bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di stesen. Ia sebahagian daripada langkah keselamatan dan prosedur piawaian operasi kami. 

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi membawa penumpang yang terjejas. Tren dari arah Gombak akan berpatah balik di Stesen LRT SS15. Manakala, dua perkhidmatan tren perantara disediakan diantara stesen LRT Wawasan ke Stesen LRT SS15; dan Stesen LRT Wawasan ke Stesen LRT Putra Heights. 

Perkhidmatan bas perantara percuma juga turut disediakan di antara Stesen LRT SS15 dan Stesen LRT Putra Heights yang melibatkan 6 buah bas. 

Pihak teknikal masih berada dilokasi bagi mengenalpasti punca yang menyebabkan gangguan kepada sistem isyarat tersebut dan memastikan kestabilan operasi. 

Pengguna diminta untuk mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan LRT. 

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan kami amat menghargai kesabaran anda. 

Language:

Search