Search
Close this search box.

_

GANGGUAN PERKHIDMATAN LALUAN MONOREL AKIBAT DAHAN POKOK TUMBANG KE ATAS LANDASAN TREN

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Operasi Laluan Monorel kini sedang mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan dahan pokok yang telah tumbang ke atas landasan akibat cuaca buruk berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan yang berlaku pada jam 2.20 petang tadi.

Susulan daripada kejadian tersebut, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara yang beroperasi seperti berikut: –
•Bas perantara ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku
•Tren perantara di antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1)

Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen Laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang. Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. Buat masa ini anggota Polis dan Bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.

Sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran para penumpang.

Language:

Search