Search
Close this search box.

_

GANGGUAN BEKALAN KUASA JEJAS PERKHIDMATAN MRT LALUAN PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR, 14 November – Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami kelewatan jadual perjalanan akibat gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Conlay dan Stesen Chan Sow Lin.

Gangguan yang dilaporkan berlaku pada jam 5.49 petang itu telah menyebabkan dua buah tren yang berada di kawasan berkenaan tidak dapat bergerak akibat daripada terputusnya bekalan kuasa di kawasan tersebut.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan rel alternatif dimana; tren dari Kwasa Damansara berpatah balik di Stesen Raja Uda manakala tren dari Putrajaya Sentral berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin.

Tren perantara turut disediakan di antara Stesen Raja Uda dan Stesen Chan Sow Lin (Platform 2) bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan bas perantara percuma juga turut disediakan sebanyak 3 buah yang melalui Stesen Raja Uda ke Stesen Chan Sow Lin dengan kekerapan setiap 15 minit (bergantung kepada keadaan trafik semasa) bagi kemudahan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi.

Pasukan teknikal masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja – kerja baik pulih.

Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Pegawai Stesen dan Polis Bantuan di stesen – stesen berkenaan.

Rapid Rail mohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna khusus kepada wargakota yang ingin pulang dari kerja.

Language:

Search