Search
Close this search box.

_

BAZAAR RAMADHAN STESEN LRT CEMPAKA DITUTUP MULAI ESOK

KUALA LUMPUR, 30 April – Operasi Bazaar Ramadan yang dijalankan di Stesen LRT Cempaka, Ampang akan ditutup mulai esok (1 Mei 2021) bagi membendung dan mengawal jangkitan wabak COVID-19, yang semakin meningkat.

Arahan penutupan itu telah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima laporan daripada urusetia HIDE, atau Hotspot Identification by Dynamic Engagement, yang menyenaraikan 22 Bazaar Ramadhan sebagai kawasan berisiko tinggi termasuk dua di Selangor.

Language:

Search