Search
Close this search box.

_

“WORKCAR” TERKANDAS MENYEBABKAN GANGGUAN PERKHIDMATAN MONOREL KL

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur (Monorel KL) ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna awal pagi tadi.

Gangguan perkhidmatan tersebut berpunca daripada sebuah “workcar” yang terkandas di suis 4 disebabkan oleh “bogie” (kerangka yang membawa roda yang dipasang pada gerabak) yang rosak ketika memasuki depot pada jam 4.35 pagi. “Workcar” adalah kenderaan yang digunakan untuk semua kerja-kerja penyelenggaraan di trek.

Ketika usaha sedang dijalankan untuk membaikpulih “workcar” tersebut, pengumuman kepada penumpang telah dibuat di semua stesen, di dalam tren serta di jaringan media sosial Rapid KL.

Penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan Monorel KL telah dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif lain. Kakitangan Rapid KL mengawal pergerakan dan membantu penumpang untuk mengelak kesesakan di platform.

Perkhidmatan mula beroperasi dengan tren pertama pada jam 7.57 pagi, dan kembali pulih sepenuhnya pada jam 9.42 pagi.

TAMAT

Language:

Search