Search
Close this search box.

_

UJIAN PERCUBAAN AKHIR OPERASI MRT LALUAN PUTRAJAYA FASA 2

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Sebagai persediaan untuk pengoperasian penuh transit aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya, Rapid Rail Sdn Bhd bersama MRT Corp dan pihak kontraktor akan menjalankan sesi ujian percubaan akhir operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa 2.

Sesi ujian ini akan bermula pada 22 November sehingga 18 Disember 2022. Ia melibatkan operasi tren ujian dari Stesen Putrajaya Sentral sehingga Stesen Kwasa Damansara. Tren – tren ujian ini akan berhenti di semua stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 dan tidak akan mengambil penumpang.

Ketika sesi ujian percubaan akhir operasi ini dijalankan, kekerapan operasi tren MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 juga akan berubah kepada 8 minit di waktu puncak pagi dan petang (7.00 pagi-9.30 pagi dan 5.00 petang-7.30 malam) dan 12 minit di luar waktu puncak.

Ujian percubaan akhir ini adalah salah satu pra-syarat yang telah ditetapkan untuk mengukur dan menguji keberkesanan sistem sebelum kelulusan dapat diberikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi pengoperasian penuh MRT Laluan Putrajaya.

Untuk makluman penumpang di stesen, notis telah dipaparkan dan pengumuman juga dibuat di stesen – stesen. Di samping itu, notis juga dipasang pada pintu tren ujian bagi makluman pengguna.

Makluman menerusi media sosial Rapid KL turut dijalankan. Sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 – 78852585.

Pihak Rapid Rail berterima kasih kepada penumpang atas kesabaran ketika sesi ujian ini dijalankan.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App