On the go and need some assistance? Call our Helpline:

_

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

TAWARAN DISKAUN 20 PERATUS TAMBANG BRT TAMAT 31 MAC 2021

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2021 – Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT), yang diperkenalkan pada tahun 2018 bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan orang ramai, berakhir hari ini.

Mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan hari ini, langkah berkenaan diambil kerana rakyat Malaysia kini boleh menggunakan kemudahan pas perjalanan tanpa had My30, yang diperkenalkan pada bulan Jun tahun lepas dan memberikan penjimatan yang jauh lebih besar.

Dengan My30, warga negara Malaysia boleh menggunakan semua perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL – MRT, LRT, monorel dan semua perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL termasuk BRT dan bas perantara Jom Naik MRT – tanpa had dengan hanya berbelanja RM30 untuk tempoh 30 hari.

Bagi lebih maklumat mengenai Pas Tanpa Had My30 sila layari laman MyRapid.com.my berikut: https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/deals-promotions/my30-unlimited-travel-pass- for-30-days