Search
Close this search box.

_

RAPID RAIL MOHON MAAF DI ATAS KELEWATAN JADUAL PERJALANAN LRT LALUAN AMPANG/ SRI PETALING PAGI TADI

KUALA LUMPUR, 11 Januari – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang dan Sri Petaling ingin memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kelewatan jadual perjalanan pada pagi ini.

Kejadian yang berlaku berpunca daripada sebuah trak yang menjalankan kerja-kerja penyelengraan trek LRT tidak dapat bergerak kerana masalah teknikal. Insiden ini terjadi di antara stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan stesen LRT Bandar Tun Razak. 

Kerja-kerja menunda trak dijalankan pada jam 5.30 pagi. Memandangkan operasi LRT bermula pada jam 6.00 pagi, pihak Pusat Kawalan Operasi (OCC) telah mengaktifkan servis altenatif iaitu perkhidmatan tren shuttle di antara stesen LRT Bandar Tasik Selatan dengan stesen LRT Bandar Tun Razak dan stesen LRT Bandar Tasik Selatan dengan stesen LRT Chan Sow Lin.

Insiden ini telah menyebabkan tren dari arah Putra Height menuju ke pusat bandar bergerak lebih perlahan dan berhenti dengan lebih lama di stesen. Kejadian yang berlaku pada waktu puncak pagi telah menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan tren.

Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari stesen LRT Sri Petaling, Bandar Tasik Selatan, Bandar Tun Razak dan Chan Sow Lin. Sistem pulih sepenuhnya pada jam 8.15 pagi.

Pengumuman menerusi media sosial dan siaraya stesen turut dilaksanakan bagi memaklumkan status terkini kepada pengguna. Pengguna telah ditawarkan kupon perjalanan percuma yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling. Kupon ini harus digunakan dalam tempoh lima hari dari hari ini.

Language:

Search