Search
Close this search box.

_

RAPID KL SIASAT ADUAN PENGGUNA LRT LALUAN KELANA JAYA

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Rapid KL ingin mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada seorang penumpang wanita yang mendakwa dihimpit rapat oleh seorang lelaki ketika berada di dalam tren LRT Laluan Kelana Jaya.

Pengadu yang menaiki tren dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira pada jam 7.00 malam, mendakwa kurang selesa dengan tindakan seorang lelaki yang berdiri rapat dibelakangnya.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai oleh pengadu pada 1 Julai 2022. Pasukan Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana sedang giat meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengesahkan dakwaan tersebut. Rapid KL akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Rapid KL menyeru kepada pengguna rel dan bas yang berhadapan dengan sebarang situasi cemas atau kurang menyenangkan agar terus menghubungi talian khidmat pelanggandi 03-78852585.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App