Search
Close this search box.

_

RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN SEMPENA AMBANG MERDEKA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Sempena sambutan ambang merdeka 2019, beberapa perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ini.

Stesen-stesen LRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 1.00 pagi, 31 Ogos 2019 adalah seperti berikut;

  • Stesen LRT KLCC (Laluan Kelana Jaya)
  • Stesen LRT Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang/ Sri Petaling)
  • Stesen LRT Bandaraya (Laluan Ampang/ Sri Petaling)

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan bas Rapid KL juga akan dilanjutkan operasi sehingga 1.30 pagi. Laluan yang terlibat adalah seperti berikut;

No Laluan Destinasi

  • 173 Jalan Munsyi Abdullah – Taman Jasa Utama
  • 220 Lebuh Ampang – Taman Melawati
  • 780 Pasar Seni – Kota Damansara
  • 180 Pasar Seni – Taman Dato’ Senu
  • 300 Lebuh Ampang – Pandan Mewah
  • 751 Pasar Seni – Taman Sri Muda
  • 781 Pasar Seni – Taman Medan
  • 640 Pasar Seni – Taman Sri Manja/ Taman Sri Sentosa
  • 600 Pasar Seni – Puchong Utama
  • 450 Jalan Silang – Terminal Kajang

Dengan lanjutan perkhidmatan ini, orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan selain mengelakkan diri daripada masalah parkir yang terhad di dalam pusat bandar.

Bagi memudahkan perjalanan, pengguna digalakkan untuk menggunakan kad nilai simpanan “TnG” agar tidak berlaku kesesakan ketika membeli token di mesin.

Rapid KL ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 62 buat semua rakyat Malaysia. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di 03-78852585.

Language:

Search