Search
Close this search box.

_

RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT DI STESEN BUKIT JALIL SEMPENA PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2019

KUALA LUMPUR, 1 November – Rapid KL selaku pengendali sistem rel transit bandar dan bas henti-henti akan melanjutkan waktu perkhidmatan di Stesen LRT Bukit Jalil pada 2 November 2019 (Sabtu), sehingga jam 1.00 pagi sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019.

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Tiga laluan bas Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan dimana bas terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi. Laluan yang dilanjutkan adalah seperti berikut;

  • 652 Stesen LRT Awan Besar – Bt 3 Jln Klang Lama
  • T580 Stesen LRT Awan Besar – TPM via Stesen LRT Bukit Jalil
  • T582 Stesen LRT Awan Besar – LRT Salak Selatan via Bukit Jalil

Untuk mengelak dari kesesakan di jalanraya, Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium pada hari tersebut, serta menggunakan kad Touch ‘N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar.
Para pengguna perkhidmatan awam pada malam tersebut juga dinasihatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, dan sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.

Walaubagaimanapun, bagi yang ingin memandu pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App