Search
Close this search box.

_

RAPID KL AMBIL LANGKAH TAMBAHAN BAGI PENUMPANG LRT LALUAN KELANA JAYA

KUALA LUMPUR, 9 November 2022 – Ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya, bermula 10 November Rapid Bus akan menambah 40 buah bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas, selepas Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner untuk menyediakan masing-masing 20 buah bas di bawah kendalian mereka.

Buat masa ini, pihak Rapid Bus menyediakan sebanyak 83 buah bas bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi. Jumlah bas perantara kepada lebih daripada 120 buah itu adalah bagi menampung penumpang di lima (5) laluan seperti yang disiarkan di media sosial Rapid KL: –

  • Laluan LRT 1: Stesen Ara Damansara – Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT 2: Stesen Ara Damansara – Stesen Kelana Jaya
  • Laluan LRT 3: Stesen Kelana Jaya – Stesen Pasar Seni
  • Laluan LRT 4: Stesen Pasar Seni – Stesen Masjid Jamek
  • Laluan LRT 5: Stesen Masjid Jamek – Stesen Dato’ Keramat

Bagi menambah jumlah kakitangan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang, seramai 80 orang dari kalangan warga Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen untuk membantu penumpang dari segi memberi panduan untuk menaiki bas perantara.

Bagi penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan, pihak Rapid Rail akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya. Ini akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan. Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kami akan memaklumkan perkembangan proses baikpulih LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa.

Language:

Search