On the go and need some assistance? Call our Helpline:

_

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

PRASARANA ZAHIR PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN PERUBATAN HKL

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Dua penumpang terakhir yang terlibat di dalam insiden pelanggaran tren LRT telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lepas. Mereka seterusnya akan membuat rawatan susulan dan pemeriksaan yang telah diatur oleh pasukan perubatan HKL.

“Bagi pihak Prasarana, kami ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada Pengarah HKL, YBhg Datuk Dr Heric Corray dan Dr (Mr) Azmi Alias, Ketua Jabatan Neurosurgery, yang mengetuai pasukan pakar untuk kerja-kerja menyelamat kedua-dua penumpang berkenaan. Kami juga ingin menyatakan penghargaan kepada semua kakitangan HKL yang telah memberikan rawatan dan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang-penumpang yang terlibat.

“Prasarana sentiasa mendoakan agar semua penumpang yang terlibat diberikan nikmat kesihatan yang baik serta kecekalan yang tinggi untuk kembali pulih seperti sediakala,” kata Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Hjh. Norlia Noah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sehingga hari ini, 87 penumpang telah menerima sumbangan ehsan dari Prasarana, yang juga akan terus bekerjasama dengan semua penumpang terlibat bagi membantu proses tuntutan perubatan termasuk rawatan susulan dan tuntutan-tuntutan lain dengan pihak insurans.

Penumpang yang terlibat disaran untuk berhubung dengan Prasarana menerusi talian khas yang diwujud bagi memudahkan urusan tuntutan serta dokumentasi. Selain itu, khidmat kaunseling yang dijayakan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus diberikan kepada penumpang dan keluarga yang memerlukan khidmat tersebut.

Mereka boleh berhubung terus menerusi talian 014-7371330 atau emel [email protected]