On the go and need some assistance? Call our Helpline:

_

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

PRASARANA SELARAS PERKHIDMATAN BAS & REL MULAI SELASA

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Susulan daripada pengumuman Kerajaan berhubung langkahlangkah lebih ketat dalam pelaksanaan PKP 3.0, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat pelarasan dalam perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya di seluruh negara mulai Selasa 25 Mei 2021, ini bagi menyokong usaha membanteras penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sekarang.


Selaras dengan perubahan berkenaan, Prasarana menasihati mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting untuk merancang perjalanan mereka dan mengikuti maklumat terkini di platform media sosial kendaliannya.

“Para penumpang Rapid KL dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi PULSE untuk memeriksa jadual-jadual terkini perjalanan bas dan rel manakala penumpang bas untuk Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting disarankan menggunakan platform media sosial kendalian mereka,” demikian menurut satu kenyataan Prasarana.

Menurut kenyataan itu, kapasiti penumpang untuk semua perkhidmatan bas henti-henti kendaliannya – Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting akan dikurangkan kepada 50 peratus untuk semua laluan. Kekerapan bas pada waktu puncak adalah dikekalkan; dengan puncak pagi ditetapkan antara 6 pagi hingga 10 pagi; dan kekerapan petang antara 4 petang hingga 8 malam. Kekerapan untuk waktu bukan puncak dikurangkan kepada 50 peratus; tetapi boleh berubah berdasarkan kepada permintaan.


Perkhidmatan rel Rapid KL – LRT Laluan Ampang, MRT dan Monorel diselaraskan dengan kapasiti tren dikurangkan kepada 50 peratus daripada 100 peratus sekarang untuk memastikan penjarakan fizikal; dengan masa operasi yang khusus seperti berikut:

NOTA PENTING:

1. Kekerapan tren akan diubahsuai mengikut keperluan semasa operasi.
2. Jadual bagi LRT Laluan Kelana Jaya akan diumumkan pada jam 5.30 pagi, Selasa, 25 Mei.

“Pengguna wajib mematuhi SOP ketika menggunakan pengangkutan awam serta merancang perjalanan dengan lebih awal bagi keselesaan anda,” tambah kenyataan berkenaan.