On the go and need some assistance? Call our Helpline:

_

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

PRASARANA BERI TAKLIMAT KEMUDAHAN OKU KEPADA SENATOR RAS ADIBA

KUALA LUMPUR, 14 Disember – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Senator Ras Adiba Radzi, yang meluangkan masa hampir dua jam di ibupejabat korporat Kumpulan Prasarana di Menara UOA, Bangsar di sini untuk mendengar taklimat mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan bagi golongan kurang upaya ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya.

Pada sesi taklimat yang diberikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Hjh Norlia Noah, Senator Ras Adiba, yang juga pengasas Persatuan OKU Sentral, turut berkongsi idea tentang pelbagai inisiatif untuk memantapkan lagi operasi dan perkhidmatan untuk membantu dan menggalakkan lebih ramai lagi golongan kurang upaya menggunakan perkhidmatan tren dan bas awam.

Senator Ras Adiba, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), turut meninjau kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU di Stesen LRT Bangsar dan juga Hab Bas Rapid KL di Menara UOA, Bangsar termasuk mencuba sendiri ruang OKU dalam bas Rapid KL.