KUALA LUMPUR, 30 April 2025 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin memaklumkan perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada 3 Mei 2025 bermula jam 2.00 petang hingga tamat waktu operasi.
Perubahan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian ‘The Under Armour Infinite Race’ di sepanjang trek BRT Laluan Sunway yang akan bermula dari jam 7.00 malam.
Dari jam 2.00 petang pada 3 Mei 2025, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya secara percuma dengan kekerapan setiap 15 – 20 minit. Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen berikut: –
Stesen BRT | Lokasi Alternatif Naik/Turun |
USJ 7 | Hentian Bas SJ692 LRT USJ 7 (Di hadapan KK Mart) |
South Quay | Hentian Bas SJ67 Mydin USJ |
Mentari | Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat) |
Sunway Setia Jaya | Hentian Bas Setia Jaya (Bertentangan Stesen KTM Setia Jaya) |
Maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal.
Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi, 4 Mei 2025. Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini.