Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG: SIASATAN MENYELURUH SEDANG DIJALANKAN

KUALA LUMPUR, 1 Februari 2023 – Siasatan menyeluruh ke atas kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kerosakan.

Sebuah syarikat perunding kejuruteraan yang berpengalaman telah dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci tersebut bagi mengenalpasti punca kerosakan dan siasatan ini mengambilkira semua kemungkinan. Ini adalah perlu bagi menentukan pelan tindakan rektifikasi yang akan diambil.

Siasatan ini dijangka akan selesai dalam masa dua minggu. Ianya mengambil masa kerana perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati atas faktor keselamatan serta mengambilkira lokasi struktur itu sendiri.

Sebuah jawatankuasa khas yang membabitkan pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama-sama agensi-agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dibentuk bagi memantau siasatan ini. Hasil siasatan tersebut akan juga dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan.

Pihak Prasarana dan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), selaku operator perkhidmatan LRT, sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan di antara dua stesen iaitu stesen LRT Bandaraya dan stesen LRT Masjid Jamek seperti sediakala secepat mungkin. Namun perlu ditekankan bahawa keselamatan para penumpang dan kestabilan operasi adalah menjadi keutamaan.

Kami mengambil maklum kesukaran yang dihadapi oleh para penumpang dan kami memohon maaf diatas segala kesulitan. Kami juga berterima kasih diatas kesabaran para penumpang pada masa ini dan keyakinan berterusan menggunakan pengangkutan awam kendalian kami.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App