Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN BAS PERCUMA BAHARU – BAS MERAH (BM) KE KOMTAR!

KENYATAAN MEDIA EXCO INFRASTRUKTUR DAN PENGANGKUTAN NEGERI PULAU PINANG

George Town, 23 Disember 2022 – Sebagai usaha untuk mengoptimumkan jaringan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang khususnya dalam mengintegrasi kawasan Pulau dengan Seberang (vice versa), Kerajaan Negeri bersama Rapid Penang telah bersetuju memperkenalkan satu (1) lagi perkhidmatan Cat Bridge baharu yang akan menghubungkan Bukit Mertajam dan KOMTAR.

Perkhidmatan Cat Bridge Bukit Mertajam (CT14) merangkumi laluan sejauh 26 kilometer akan bermula dari Summit Bukit Mertajam, melalui Bandar Perda dan Jambatan Pulau Pinang dan terus menghala ke Terminal Bas KOMTAR.

Untuk makluman, laluan ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2023 sebagai laluan percubaan terlebih dahulu selama enam (6) bulan.

Sebanyak lima (5) buah bas akan digunakan untuk pengoperasian laluan baharu ini. Purata masa perjalanan ke destinasi akhir dijangka mengambil masa selama 60 hingga 85 minit.

Para penumpang boleh mengenalpasti laluan bas ini dengan wrapping bus berwarna merah iaitu Bukit Mertajam Bas Merah (BM) Ke KOMTAR.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang

Language:

Search