PETALING JAYA, 4 Julai 2025 โ Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL ingin memaklumkan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya telah kembali beroperasi seperti biasa pada jam 10.22 pagi selepas mengalami gangguan sementara pada awal pagi tadi.
Gangguan perkhidmatan berlaku susulan satu insiden pencerobohan yang dilaporkan berlaku pada jam 8.02 pagi tadi melibatkan seorang penumpang yang menceroboh masuk ke kawasan landasan di Stesen Subang Alam.
Berdasarkan maklumat awal, individu berkenaan disyaki cuba mencederakan diri sendiri dengan melompat masuk ke kawasan landasan ketika sebuah tren sedang menghampiri platform.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dari pihak operasi Rapid Rail.
Mangsa berjaya diselamatkan, namun mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden ini dan Rapid Rail akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan yang dijalankan.
Sebarang perkembangan terkini berkenaan operasi akan dimaklumkan menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.
Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang.