Search
Close this search box.

_

PENYELARASAN WAKTU PUNCAK PERKHIDMATAN REL DAN BAS SEMPENA BULAN RAMADAN

Bazar Ramadan di Stesen-Stesen LRT Terpilih

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Operasi waktu-waktu puncak bagi perkhidmatan rel (LRT, MRT dan KL Monorail) dan bas kendalian Prasarana akan diselaraskan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Perubahan waktu puncak ini adalah untuk memudahkan perjalanan pengguna sepanjang bulan Ramadan, khususnya bagi mereka yang ingin ke destinasi masing-masing bagi berbuka puasa.

Waktu Operasi Rapid Rail

Operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal daripada biasa iaitu mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.

Waktu puncak petang pula akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam berbanding 5.00 petang hingga 7.30 petang waktu sekarang.

Waktu Operasi Rapid Bus

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan, termasuk bas-bas perantara MRT, operasi waktu puncak pagi adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi manakala waktu puncak petang adalah dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Bazar Ramadan Memeriahkan Bulan Puasa

Sempena bulan Ramadan, anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan membuka bazar Ramadan di lima (5) stesen LRT terpilih. Stesen-stesen yang terlibat adalah stesen LRT Pasar Seni, LRT Damai, LRT Sri Rampai, LRT Putra Heights dan LRT Ampang.

Pelbagai juadah berbuka puasa akan dijual bermula jam 3.30 petang hingga 7.30 malam. Kemudahan ini dapat memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

Language:

Search