Search
Close this search box.

_

PENUTUPAN KAWASAN PARKIR KENDERAAN STADIUM BUKIT JALIL

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Padang parkir kenderaan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, yang kini dikenali sebagai KL Sports City, ditutup sepanjang bulan Ogos mulai hari ini. 

Penutupan sehingga 30 Ogos itu adalah atas arahan Perbadanan Stadium Malaysia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan akhir temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan juga semasa temasya sukan berkenaan, yang bakal bermula pertengahan bulan ini. 

“Kawasan yang terlibat adalah Padang Letak Kereta A, B, C, D, E dan F,” Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan media hari ini.

Perbadanan Stadium Malaysia mencadangkan kawasan parkir alternatif di Taman Sukan Xtreem Nasional, Bukit Jalil, yang terletak di belakang Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. 

Di samping kawasan parkir alternatif di Taman Sukan Xtreem Nasional, pengguna sistem LRT juga boleh meletakkan kenderaan mereka di fasiliti letak dan gerak (park n ride) di stesen-stesen LRT lain yang berdekatan khususnya di Stesen LRT Awan Besar dan Kompleks Parkir Bertingkat di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Language:

Search