_

PRASARANA PANDANG SERIUS LAPORAN MEDIA MENDAKWA TERDAPAT ELEMEN RASUAH DALAM PEMBERIAN KONTRAK LRT, MRT

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memandang serius terhadap satu laporan media yang memetik sumber untuk mendakwa terdapat unsur pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam, MRT dan LRT.

“Prasarana tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya. Pihak kami akan mengikuti perkembangan kes dan berhubung dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana hari ini.

Dalam kenyataan itu, Prasarana turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap perkara ini dan hanya mendapatkan butiran-butiran rasmi daripada SPRM.

Bahasa: