_

Pas Keluarga Malaysia

Tunggangan Kumpulan Tanpa Had 1 Hari untuk Rakyat Malaysia menaiki LRT KL, MRT, MONORAIL dan BRT, BAS RAPID KL dan BAS FEEDER MRT Rapid KL

Apakah Pas Keluarga Malaysia?

Pas Keluarga Malaysia ialah pas perjalanan berkumpulan yang menawarkan perjalanan sehari tanpa had untuk rakyat Malaysia menaiki RAPID KL LRT, MRT, MONORAIL dan BRT, RAPID KL BUS dan MRT FEEDER BUS.

Pas Keluarga Malaysia adalah berdasarkan kiraan kitaran hari dan boleh dibeli pada hujung minggu (Sabtu/Ahad) dan cuti umum sahaja.

Berapakah harga Pas Keluarga Malaysia?

Setiap pas berharga RM15.00.

Berapa pax sah setiap pas? 

Pas Keluarga Malaysia memenuhi maksimum empat (4) pax setiap pas. Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah menaikinya secara percuma.

Di manakah saya boleh membeli Pas Keluarga Malaysia?

Anda boleh membeli pas daripada Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen Monorel
  • semua stesen MRT
  • semua stesen BRT
  • Hab Bas terpilih (KLCC, Chow Kit, Sri Nilam dan Pasar Seni) pada hari Sabtu sahaja

Untuk maklumat lanjut dan Terma & Syarat, sila layari: https://myrapid.com.my/our-products/pas-keluarga-malaysia/

Bahasa: