Pas Keluarga Malaysia

Perjalanan Berkumpulan 1 Hari Tanpa Had untuk Rakyat Malaysia menaiki LRT Rapid KL, MRT, Monorel dan BRT, Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT

About Keluarga Malaysia Pass

Pas Keluarga Malaysia ialah pas perjalanan berkumpulan yang menawarkan perjalanan tanpa had sehari untuk rakyat Malaysia menaiki RAPID KL LRT, MRT, MONORAIL dan BRT, RAPID KL BUS dan MRT FEEDER BUS.

Pas Keluarga Malaysia adalah berdasarkan kiraan kitaran hari dan boleh dibeli pada hujung minggu (Sabtu/Ahad) dan cuti umum sahaja.

Setiap pas berharga RM15.00.

Berapa pax sah setiap pas?

Pas Keluarga Malaysia memenuhi maksimum empat (4) pax setiap pas.

Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah menaiki secara percuma.

Di manakah boleh dibeli

Anda boleh membeli pas daripada Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen Monorel
  • semua stesen MRT
  • semua stesen BRT

Hab Bas terpilih seperti Chow Kit, KLCC, Pasar Seni, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2 Shah Alam (pada hari Sabtu sahaja).

Harap maklum bahawa anda dikehendaki membawa semua MyKad pelanggan ke mana-mana Rapid KL Rail atau Pejabat Khidmat Pelanggan BRT untuk tujuan pengesahan oleh Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA) kami sebelum membuat pembelian.

Sila baca atau muat turun Terma dan Syarat produk.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh mendapatkan FAQ daripada pautan di bawah. Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila e-mel kami di [email protected]

Bahasa: