Kemas Kini Prestasi MyRapid
Dikemaskini Mingguan

Selamat datang ke halaman prestasi kami
Di sinilah kami berkongsi prestasi operasi kami dengan anda, yang utamanya ialah Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF).
MKBF dalam rel merujuk kepada jarak perjalanan kereta api sebelum kegagalan (mengakibatkan kelewatan lebih daripada 5 minit) berlaku. Prasarana telah menetapkan sasaran untuk mencapai MKBF 1 juta km masing-masing untuk KJL, AGL dan KGL, dan MKBF 150,000 km untuk MRL menjelang Suku Ketiga 2026.
Jadual berikut menunjukkan MKBF untuk April 2023. Kemas kini seterusnya akan dibuat pada 20 haribulan setiap bulan.
Garisan | MKBF |
---|---|
Laluan Ampang | 222,355 KM |
Laluan Kelana Jaya | 137,374 KM |
Laluan Monorel | 78,009 KM |
Laluan Kajang | 187,128 KM |
Perkhidmatan

Data tentang penumpang, faktor muatan, kebolehpercayaan dan ketersediaan perkhidmatan, dan keadaan kemudahan.

Data mengenai jumlah penumpang, bilangan bas di jalan raya, faktor muatan, kebolehpercayaan dan ketersediaan perkhidmatan, dan keadaan kemudahan di BRT Sunway.