_

MAKLUM BALAS MENGENAI STATUS PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH LIF DAN ESKALATOR DI STESEN-STESEN REL KENDALIAN RAPID RAIL

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Rapid Rail Sdn Bhd ingin merujuk kepada video yang viral di platform media sosial mengenai kesulitan yang dihadapi oleh pengguna LRT akibat lif dan eskalator yang tidak berfungsi di Stesen LRT Ampang Park.

Rapid Rail ingin memohon maaf dan turut merasa kesal di atas isu yang berlaku sehingga menjejaskan pengguna perkhidmatan kendaliannya.

Untuk makluman, pihak Rapid Rail sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memperbaharui permit mesin angkut dan kelulusan untuk lif dan eskalator tersebut beroperasi; ia dijangka dibuka semula untuk kegunaan para penumpang selewat-lewatnya 25 Mei 2022.

Selain dua stesen yang dinyatakan di atas, tahap operasi fasiliti di stesen-stesen Rapid KL ialah 96.5 peratus bagi lif dan 90 peratus bagi eskalator. Masih terdapat fasiliti yang masih belum berfungsi dan isu ini disebabkan oleh beberapa faktor, terutamanya pembekalan alat ganti akibat penutupan sementara kilang di Shanghai kerana perintah diberikan oleh kerajaan China.

Proses penyelengaraan dan kebaikan akan disiapkan secara berperingkat dan jangkaan tarikh siap sepenuhnya adalah seperti berikut;

Jangkaan tarikh siap ini bergantung kepada keadaan semasa di Shanghai. Tempoh tiga bulan diperlukan bagi proses penghantaran alat ganti dari kilang pembekal 'pengilang peralatan asal' (OEM) di China dan Rapid Rail sedang memantau rapat pembekal dan kontraktor bagi mempercepatkan perolehan dan pemasangan alat ganti.

Bagi membantu para penumpang yang memerlukan bantuan khusus, pihak operasi akan sentiasa memastikan kakitangan di stesen agar lebih peka tentang pintu masuk dan segera memberi bantuan.

Para penumpang juga boleh ke kaunter khidmat pelanggan atau berinteraksi dengan pihak Polis Bantuan yang menyediakan landasan di stesen berkenaan bagi mendapatkan sebarang bantuan. Rapid Rail amat menghargai maklum balas daripada pengguna setia Rapid KL dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera serta memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua.

Bahasa: