Search
Close this search box.

_

KERJA-KERJA BAIK PULIH LRT KELANA JAYA SELESAI – PERKHIDMATAN BERJAYA DIPULIHKAN

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Lanjutan daripada gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang berlaku di Stesen LRT Kerinchi pada jam 5.46 petang tadi, dimaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih komponen yang rosak akibat disambar petir telah selesai dijalankan.

Setakat jam 10.00 malam, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi kini beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.

Pasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat.

Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi.

Language:

Search