Penjimatan Hebat Bagi Penumpang di Lembah Klang dan Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 12 Julai 2024 – Bermula 15 Julai 2024, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyelaraskan tambang perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kadar tambang baharu RM7.00 ini adalah untuk dua (2) orang penumpang bagi setiap tempahan, iaitu untuk seorang penumpang kurang upaya serta seorang pengiring.
Rapid Mobiliti, yang merupakan perkhidmatan pengangkutan eksklusif pintu-ke-pintu, telah memulakan operasinya sekitar tahun 2011 di Kuala Lumpur dan 2016 di Pulau Pinang. Penyelarasan baharu tambang ini akan memberi manfaat kepada penumpang sedia ada, serta akan dapat menarik komuniti berkerusi roda untuk menikmati perkhidmatan ini pada masa akan datang.
Selaras dengan kadar tambang baharu ini, Rapid Bas juga memperkenalkan kaedah pembayaran tambang tanpa tunai, di mana para penumpang Rapid Mobiliti boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR (Quick Response) yang dipaparkan di dalam kenderaan tersebut. Namun, para penumpang masih boleh membayar dengan tunai, sekiranya mereka tidak mempunyai kemudahan kod QR tersebut.
Perkhidmatan ini meliputi kawasan Shah Alam, Kajang, Seri Kembangan, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang, Selayang, Kuala Lumpur bagi Lembah Klang.
Bagi penumpang di Pulau Pinang, buat masa ini, Rapid Mobiliti hanya ditawarkan untuk kawasan-kawasan di bahagian pulau sahaja.
Butiran perkhidmatan Rapid Mobiliti adalah seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij menyatakan kadar tambang baharu ini adalah lebih murah dan berpatutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat.
“Perkhidmatan Rapid Mobiliti yang kini tampil berwajah baharu menjadi sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh Rapid Bus. Dengan menggunakan van yang telah diubah suai dengan menggunakan lif hidraulik, kami akan pastikan golongan sasaran khususnya komuniti berkerusi roda dapat bergerak dengan lebih selesa seperti orang lain,” katanya.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, layari laman media sosial:
- Rapid KL : @myrapid (Facebook) dan @myrapidkl (Instagram)
- Rapid Penang : @rapidpgfans (Facebook) dan @myrapidpg (Instagram)