Search
Close this search box.

_

INSIDEN KEMALANGAN BAS RAPID KL DI SENTUL

KUALA LUMPUR, 10 April – Sebuah bas Rapid KL Laluan 170 telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul tengahari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.36 tengah hari, seorang penunggang motosikal wanita, yang cuba memotong sebuah kereta dalam keadaan laju, telah melanggar bonggol jalan dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar bahagian depan bas yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa yang kritikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kapten bas berserta 20 penumpang di dalam bas berkenaan, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan.,” menurut satu kenyataan Rapid Bus.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Bandar.

“Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” tambah kenyataan itu.

Language:

Search