_

INSIDEN DI STESEN SUBANG ALAM

Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan di antara Stesen Putra Heights dan Stesen Alam Megah

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Laluan Kelana Jaya ingin memaklumkan bahawa satu insiden telah berlaku melibatkan seorang penumpang telah menceroboh masuk ke kawasan landasan di Stesen Subang Alam pada pagi ini.

Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan alternatif seperti berikut:

  • Tren dari Stesen Putra Heights akan berhenti di Stesen Alam Megah dan berpatah balik ke Putra Heights.
  • Tren dari Stesen Gombak akan berakhir di Stesen Alam Megah dan berpatah balik ke Gombak.

Sebarang perkembangan terkini berkenaan operasi akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search