Search
Close this search box.

_

Info: Terkini Insiden 24 Mei Laluan Kelana Jaya

Kemaskini 23 Jun 2021: Prasarana Zahir Penghargaan Terima Kasih Kepada Pasukan Perubatan HKL

Dua penumpang terakhir yang terlibat di dalam insiden pelanggaran tren LRT telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lepas. Mereka seterusnya akan membuat rawatan susulan dan pemeriksaan yang telah diatur oleh pasukan perubatan HKL.

“Bagi pihak Prasarana, kami ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada Pengarah HKL, YBhg Datuk Dr Heric Corray dan Dr (Mr) Azmi Alias, Ketua Jabatan Neurosurgery, yang mengetuai pasukan pakar untuk kerja-kerja menyelamat kedua-dua penumpang berkenaan. Kami juga ingin menyatakan penghargaan kepada semua kakitangan HKL yang telah memberikan rawatan dan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang-penumpang yang terlibat.

“Prasarana sentiasa mendoakan agar semua penumpang yang terlibat diberikan nikmat kesihatan yang baik serta kecekalan yang tinggi untuk kembali pulih seperti sediakala,” kata Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Hjh. Norlia Noah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Read More: CLICK


Kemaskini 28 Mei 2021:

Kerja-kerja pemulihan di antara KLCC dan Kampung Baru telah siap sepenuhnya dan perkhidmatan telah kembali normal. Terima kasih di atas kesabaran anda semua.


Kemaskini 2 Jun 2021. Pengumuman kepada penumpang yang terlibat:

Terdapat 9 orang penumpang yang terlibat dalam insiden pelanggaran LRT Kelana Jaya pada 24 Mei 2021 lalu masih belum menghubungi pihak Prasarana. Oleh itu, kami memohon orang ramai membantu kami dengan menyebar luas infografik ini. Diharapkan kesemua 9 penumpang tersebut dapat dikesan bagi memudahkan urusan yang berkaitan.

We are attempting to locate another 9 passengers who have not contacted Prasarana’s hotline in order for us to extend assistance in relation to the incident on 24 May 2021. We humbly request your kind assistance to share this infographic in order to reach out to the 9 passengers.


Kemaskini. Barangan Tinggalan Penumpang:

Kami sedang membuat penyenaraian barang-barang yang telah ditinggalkan oleh para penumpang dalam kejadian malam 24 Mei. Jika anda penumpang yang terlibat, hubungi kami melalui Talian Khas berikut.

We are organising the belongings left behind by passengers during the incident on 24 May. If you are one of them, please reach out to us through our Special Hotline.


Kemaskini. Khidmat Kaunseling:

Prasarana Malaysia Berhad menawarkan khidmat kaunseling untuk membantu para penumpang yang mengalami trauma ekoran insiden pelanggaran tren LRT dalam terowong antara stesen KLCC dan Kg Baru pada malam 24 Mei lepas.

Language:

Search