Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Persiaran Kerjaya menghala ke Seksyen 13 disebabkan kerja-kerja pembinaan LRT 3. Bas akan membuat lencongan melalui Jalan Pengaturcara U1/51, Lebuhraya Persekutuan dan susur keluar ke Jalan Subang.
Hentian bas yang tidak dilalui:
1) PAT Square, Persiaran Kerjaya
2) Aiman Motor, Persiaran Kerjaya
3) BMW Glenmarie, Persiaran Kerjaya
4) Shell Malaysia Trading (Opp) Jalan Batu Tiga Lama
5) Petronas Batu 3 (Opp), Jalan Batu Tiga Lama
6) Jejantas KTM Batu Tiga, Jalan Batu Tiga Lama
Laluan yang terlibat adalah T774. Segala kesulitan amat dikesali.