Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Jalan Bee Eng 1 disebabkan kerja-kerja penurapan jalan. Bas akan dilencongkan dari Jalan Choo Lip Kung ke Jalan Arasakesari dan kembali semula ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) UCSI University
2) Taman Taynton View (Barat)
Laluan yang terlibat adalah Laluan T410. Segala kesulitan amat dikesali.