Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Jalan Teratai 1/2 disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan. Bas akan dilencongkan ke Jalan Taman Putra dan kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Paragon Point (Selatan), Jln Teratai 1/2
2) Taman Melur Barat, Jln Teratai 1/2
3) Taman Seraya Utara, Jln Teratai 1/2
Laluan yang terlibat adalah Laluan T351 & T350. Segala kesulitan amat dikesali.