Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bas tidak dapat melalui Jalan Limau Manis disebabkan terdapat kerja-kerja pembaikan jalan. Jalan tersebut dijangka akan tutup sehingga 1 April 2022. Bas akan dilencongkan ke Lorong Maarof dan kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) KL1908 Taman Bukit Persekutuan
2) KL1909 Spg Lorong Limau Manis
3) KL1904 Spg Lorong Maarof 4
4) KL1911 Spg Lorong Maarof 2
5) KL1912 Spg Lorong Maarof 2
6) KL1157 Flat Sri Pahang
Laluan yang terlibat adalah Laluan 822. Segala kesulitan amat dikesali.