Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat kerja-kerja penurunan jejantas sedang dijalankan di Jalan Raja Laut. Bas akan mengikut laluan alternatif dengan melalui Jalan Kuching dan akan kembali ke laluan asal melalui Jalan Sultan Ismail.
Hentian bas yang tidak dilalui:
1) Medan Mara
2) SKPK Lelaki Jalan Batu
Laluan yang terlibat adalah 170, 171, 172, 173, 180, 190, 200, 202, 220, 250, GO KL Biru & Merah.