_

Info: Kemaskini Operasi Laluan Ampang/Sri Petaling (Terkini 1 Mac 2023)

Notis gangguan perkhidmatan tren di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya


Kemaskini Khidmat Rel – 27 Februari 2023

Mulai 27 Februari, Kekerapan perkhidmatan tren di antara stesen LRT Sentul Timur dan stesen LRT Bandaraya adalah setiap 24 minit, kekerapan diselaraskan atas faktor keselamatan.

Kemaskini Khidmat Rel – 6:30PM, 30 Januari 2023

Mulai 30 Januari 2023, waktu puncak pagi dan petang bagi operasi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan.

Waktu puncak pagi akan dipanjangkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi. Manakala waktu puncak petang pula akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding jadual asal iaitu 5 petang hingga 7.30 malam.


Berikut dikongsikan gambarajah perkhidmatan alternatif melibatkan Laluan Ampang/Sri Petaling selain Laluan Bas Perantara Percuma di antara Stesen Hang Tuah sehingga Stesen Sentul Timur:

  1. Tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Hang Tuah (Kekerapan tren 12 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, 6 minit di Daerah Pusat Perniagaan)
  2. Tren perantara dari Stesen Hang Tuah ke Masjid Jamek di Platform 2 (Kekerapan tren 6 minit)


Kemaskini Bas Perantara – 23 Februari 2023

Perkhidmatan Bas Perantara Percuma LRT 11 disediakan dari LRT Sentul Timur – Bandaraya sebagai perkhidmatan alternatif.

Bas ini akan berhenti di Sentul Timur, Sentul, Titiwangsa, PWTC dan Bandaraya.

Perkhidmatan tren masih beroperasi di antara Stesen Bandaraya menghala ke Sentul Timur dengan kekerapan 24 minit.

Kemaskini Laluan Ampang/Sri Petaling: Bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang seperti berikut.

1. LRT 9 – Hang Tuah ke Bandaraya

2. LRT 10 – Masjid Jamek ke Bandaraya

3. LRT 11 – Sentul Timur ke Bandaraya

Kekerapan bas adalah setiap 10 – 15 minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Sila dapatkan bantuan Pegawai Stesen dan Polis Bantuan jika perlu.


Kemaskini Siaran Media – 25 Februari 2023

  1. 25 Februari 2023 – LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING:PERKHIDMATAN BAS PERANTARA LRT11 DIPERTINGKATKAN (klik untuk baca)
  2. 23 Februari 2023 – PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING: PENGURANGAN JUMLAH TREN YANG BEROPERASI DI ANTARA STESEN SENTUL TIMUR DAN BANDARAYA (klik untuk baca)
  3. 22 Februari 2023 – SIASATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING SELESAI (klik untuk baca)
  4. 9 Februari 2023 – SIASATAN KEATAS PUNCA KEROSAKAN YANG MENYEBABKAN GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG MASIH LAGI DIJALANKAN (klik untuk baca)
  5. 2 Februari 2023, 7.06 PM – KEMASKINI PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG: RAPID BUS MENDAPAT SOKONGAN DBKL BAGI MELANCARKAN PERJALANAN BAS (klik untuk baca)
  6. 1 Februari 2023, 7,03 PM – PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG: SIASATAN MENYELURUH SEDANG DIJALANKAN (klik untuk baca)
  7. 30 Januari 2023, OPERASI PERKHIDMATAN ALTERNATIF LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING BERJALAN LANCAR (klik untuk baca)
  8. 29 Januari 2023, 6:30PM – RAPID KL MELANJUTKAN WAKTU PUNCAK LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING & MONOREL BERMULA ESOK (klik untuk baca)
  9. 27 Januari 2023, 1:28PM – KEMASKINI PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING: GANGGUAN PERKHIDMATAN DI ANTARA DUA STESEN (BANDARAYA DAN MASJID JAMEK) ATAS FAKTOR KESELAMATAN (klik untuk baca)
  10. 27 Januari 2023, 7:56AM – PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG MENGALAMI KELEWATAN ATAS FAKTOR KESELAMATAN (klik untuk baca)

Language: