Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan TPP 1/7, Puchong berhampiran LRT Taman Perindustrian Puchong disebabkan terdapat kereta awam parkir di sebelah kiri dan kanan bahu jalan. Bas akan dilencongkan melalui lebuhraya LDP untuk kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) SJ750 Pos Laju Puchong
2) SJ751 Pangsapuri Desa Impian
3) SJ752 Taman Sri Puchong (Selatan)
4) SJ753 Taman Sri Puchong (Tengah)
5) SJ754 Surau Al-Hidayah (Opp)
6) SJ755 Taman Sri Puchong (Utara)
7) SJ756 Taman Perindustrian Puchong
8) SJ757 Taman Mutiara Puchong (Barat)
9) SJ758 Mutiara Puchong (Timur)
Laluan yang terlibat adalah Laluan T604. Segala kesulitan amat dikesali.