Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan Limau Manis disebabkan terdapat lori dan kren parkir di bahu jalan. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Maarof untuk ke LRT Bangsar.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) KL1149 Apt Bangsar Indah
2) KL1150 Bangsar Park (Utara)
3) KL1908 Taman Bukit Persekutuan
4) KL1909 SPG Lorong Limau Manis
5) KL1904 SPG Lorong Maarof 4
6) KL1911 SPG Lorong Maarof 2
7) KL1157 Flat Sri Pahang
Laluan yang terlibat adalah Laluan 822. Segala kesulitan amat dikesali