Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan pinang dan Jalan Kia Peng disebabkan kerja-kerja pemasangan paip. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang dan kembali semula ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Exxon Mobil
2) KL1951 the Binjai
3) KL270 Tabung Haji
Laluan yang terlibat adalah Laluan 402. Segala kesulitan amat dikesali.