Search
Close this search box.

_

GANGGUAN SISTEM ISYARAT JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN MONOREL KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Operasi perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur sedang mengalami kelewatan akibat daripada gangguan sistem isyarat di sepanjang laluan.

Gangguan tersebut yang mula dikesan pada jam 3.50 petang menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan waktu menunggu tren akan bertambah.

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah segera ke lapangan untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih bagi mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

Anggota Polis Bantuan tambahan telah ke stesen-stesen yang terlibat bagi mengawal keadaan kesesakan di stesen dan platform. Pengumuman telah dibuat bagi makluman penumpang.

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan yang dialami.

Pengguna diminta mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan Monorel.

Language:

Search