Search
Close this search box.

_

GALAKAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

KUALA LUMPUR, 29 September – Mengiktiraf kecergasan fisikal dan minda sebagai komponen penting untuk peningkatkan produktiviti dan penjanaan hasil, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan program khas ‘workout@work’ atau w@wFIT sebagai satu strategi utama dalam pembinaan modal insan. 

Dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz di Stesen LRT Ara Damansara, program ‘workout@work’ ini dilaksanakan di bawah kempen S.W.E.A.T. atau Staff Wellness At All Times, yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kerjanya.

Berucap pada majlis berkenaan, Dato’ Sri Azmi menekankan kepentingan semua staf Kumpulan Prasarana menjaga kesihatan dan sentiasa berusaha mencari masa untuk bersenam bagi memastikan badan dan minda di tahap kesihatan yang sebaik mungkin.

Beliau berharap pelancaran program Cabaran Prasarana w@wFIT itu akan menjadi pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat di kalangan warga kerja Kumpulan Prasarana, yang mempunyai kira-kira 10,000 staf termasuk di Pulau Pinang dan Kuantan.

Katanya, tubuh yang sihat akan menghasilkan minda yang segar; sekali gus akan membantu menghasilkan tahap produktiviti yang tinggi dan hasil kerja yang cemerlang, yang mana akan memberi manfaat besar kepada Prasarana dan para pelanggannya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan adalah Ketua Modal Insan Kumpulan Prasarana, Haji Abdul Mutallif Abdul Manaf dan anggota Barisan Kepimpinan Kanan Kumpulan Prasarana yang lain.

Selain menganjurkan aktiviti-aktiviti kecergasan, program ‘w@wFIT’ itu akan turut menjadi saluran untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai tips kesihatan, diet dan penjagaan makanan dan sesi taklimat kesihatan yang akan diadakan sehingga akhir tahun ini.

Program berkenaan diadakan kerana pihak pengurusan sentiasa mahu memastikan kesihatan dan kesejahteraan staf, yang merupakan aset terpenting Syarikat dan penentu tahap keberkesanan Syarikat dalam merealisasikan misi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia.

Prasarana berharap melalui program berkenaan, ia akan dapat mengatasi masalah kesihatan yang menjadi ancaman kuat kepada majoriti rakyat Malaysia seperti masalah obesiti dan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi serta masalah jantung.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App